ScHoePenToeTer

By: khoirul amal

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Saturday, 31-Jan-2009 08:23 Email | Share | | Bookmark
Cuti Rehatkan Minda

 
 
 
View all 4 photos...
Cuti Tahun Baru Cina...
Apa nak buat ek.. 4 hari dok rumah boleh tumbuh akar. Nak balik kg.. baru bulan lepas balik.. tiket 'belon' mahei..

Drive Miri to KK. 8jam.. bukan sebab jauh. cuma 400++km. Tapi kat sini mana ada highway.. tapi tol jambatan asia saja dah RM8 (bapak mahei for jambatan yg tak sampai 2km pun). Tol highway brunei $B3. Dari miri kena cop pasport masuk brunei. keluar kat limbang kena cop lagi. pastu masuk lagi brunei.. nak kluar limbang kena naik feri lak.. sungai sekangkang kera tak boleh buat jambatan.. tah mana p duit aku bayar tax tah. RM8 lak tu.. dengar ngomelan penumpang.. "kalau dia susun 2 biji feri pun lepas"

Dari Limbang masuk balik brunei... Cop lagi.. lepas tu masuk balik lawas.. kat lawas satu lagi feri dok tunggu. sib baik dah nampak tiang jambatan dah terpacak. sembang ngan org kg, rupanya dah lebih 2thun tiang tu terpacak.. pastu terus diam.. pulakkkk..... kena lagi aku...

ingatkan dah habis.. rupanya nak masuk Sabah pun kena cop pasport gak. ishh.. aku ni masih d m'sia kaa..?



akhirnya.. jam 4 ptg hujan lebat menyambut kami d Kota Kinabalu... malam tu kena tido awai.. esok nak p Manukan..









Sunday, 11-Jan-2009 07:01 Email | Share | | Bookmark
Selamat Datang Tahun Baru

 
 




Tahun Baru 1430H / 2009M
Alhamdulillah.. Dia masih memberi peluang kepada kita untuk BERTAUBAT... berIBADAT.. sambil menghirup O2 dimuka bumi ini, menikmat keHijauan bumi.
kita tahu, Masa yang berlalu takan kembali, yang mati takkan hidup kembali, yang hidup pasti mati..
tapi, kita tidak tahu masa yg datang apa yang bakal belalku, apakah kita masih diizinkaNya untuk menikmati Alam Fana ini, apakah yang muda akan melalui hari tua, apakah kesenangan sekarang akan bertambah atau sebaliknya?
tak perlu kita melemparkan di kejauhan.. dibumi kita pun Dia sudah menunjukkan betapa Dia berkuasa memberi dan menghilangkan apa yang ditangan kita. Sedarlah, yang ditangan kita hanyalah PINJAMAN dari yang MAHA MEMILIKI... hanya dari titisan hujanNYA mampu menenggelamkan satu Negeri, membenamkan berpuluh2 kediaman, mencabut nyawa yang dipinjamkan.
Wahai TUHANKU... Ampunilah Dosa-dosa ku ini.. sesungguhnya, Engkaulah yang Maha Pengampun..


Saturday, 20-Dec-2008 15:13 Email | Share | | Bookmark
Mereka Juga Makhluk Tuhan

 
 
Buat apa Dia kurnikan akal kepada kita kalau kita tidak mampu menggunakannya..
Kerana itu yang dapat membezakan kita dengan makluk lain dimukabumi ini. Walau begitu, tak bermakna kita boleh menindas makluk lain. Mereka juga hambaNya..
Walau kita berakal, tidak bermakna kita yang bijak.. Kerana Ilmu Tuhan itu tidak terjangkau batasnya. Mungkin dari makluk ciptaanNya yang tidak berakal itu tersimpan seribu rahsia alam.
Renunglah, hayatilah, nikmatilah... kerana Kerana Tuhan kita hidup...





Quote:
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit”.
Hadith Riwayat at-Tabrani


Saturday, 13-Dec-2008 17:25 Email | Share | | Bookmark
umpama sungai yg dibelakang rumah

 


Quote:
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam lagi yang bermaksud:

"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu ia berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Bagaimana pendapat kamu kalau ada sebatang sungai di hadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu, dia mandi di dalamnya lima kali tiap-tiap hari? Adakah masih tinggal kotoran pada tubuhnya? Para sahabat menjawab: Sudah tentu tidak tinggal sesuatu pun daripada kotoran. Baginda menyambung: Maka begitulah juga perumpamaan sembahyang lima waktu. Allah menghapuskan dosa-dosa kecil dengan sebabnya."



Sunday, 7-Dec-2008 11:23 Email | Share | | Bookmark
Salam 'AidilAdha

 
Aidiladha menjelma lagi. Tapi aku... meraikannya diPerantauan. Galau..
Kedengaran takbir dari masjid dihujung jalan sana membuat hati ini sedikit terdetik.. sayu..
Tiba-tiba terkenang Ayahnda dan bonda. Maaf, anaknda tak dapat pulang.
Walau anaknda masih diBumi Malaysia, namum..
Laut cina selatan membataskan khidmat produa kenariku untuk membawaku pulang.

Ayahnda ... Bonda ...
Sempena hari yang mulia ini, anaknda mnyusun sepuluh jari yg nakal ini mohon diampunkan
segala dosa dan kesalahan anaknda.. Semoga ayahnda dan bonda sentiasa diRahmati Ilahi..

Bonda, bukan kerana kerja, bukan kerana uwang, bukan kerana tiada tiket, bot pun banyak
untuk anaknda tumpang . . tapi anaknda tak bisa, kerana kerajaan cuma peruntukkan hanya
sehari untuk bercuti.. Insyallah, hujung tahun sempena awal tahun baru Hijrah dan Masihi anaknda
akan pulang.



Quote:
Firman Allah SWT dalam surah As-Saafaat ayat 103-107:
"Setelah keduanya berserah diri, dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan
iringan mukanya di atas tompok tanah. Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah
menyempurnakan maksud mimpi itu. Demikianlah sebenarnya kami membalas orang yang berusaha
mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan Kami tebus
anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. Dan Kami kekalkan baginya nama yang
harum dalam kalangan orang yang datang kemudian."






[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net