ScHoePenToeTer

By: khoirul amal

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 23-Oct-2008 09:30 Email | Share | | Bookmark
Perhentian

 
 
Orang kata Pulau itu cantik..
Orang kata kat sana nyaman..
Orang kata Air laut kat sana Jernih. boleh nampak karangan dan ikan-ikan berenang..
Orang kata Pasir pantainya halus, putih .. kalo beguling atasnya boleh jadi kuih 'abu' ..

Tapi, itu semua orang kata..
orang-orang itu cuma bercherita..
bagaimana kalau apa yang orang kata itu indah khabar dari rupa..
bagaimana jika mera hanya mereka-reka..

ahh.. itu semua hanya cheritera dari mereka..
aku mesti pergi..
aku mesti menyaksikannya sendiri..
kalao tidak bagaimana aku nak jatuh cinta..

Benar..
Tuhan adalah maha segalanya..
Dia Maha Pencipta..
Dia Maha Pemurah..
Dia Maha Cantik..
Dia Maha Indah..
Dia sukakan yang Indah..

Kerana dia aku kesana..
Mahu menjadi saksi secebis ciptaaNya yang Indah itu..

SUBHANALLAH . . .










Tuesday, 14-Oct-2008 13:23 Email | Share | | Bookmark
rnz MDO new Building Launching Ceremony

 
Salam dearest friends..
Aku mohon maaf sangat2 sebab tak berkesempatan nak memeriahkan alam FP niii..
Nway, aku harap belum terlewat nak mengucapkan selamat menyambut Eidulfitri. Ingat, Zakat fitrah tu wajib. kalau belum bayaq.. p la bayaq kerana walau haram tapi kita masih wajib membayarnya..

Entry kali ni adalah nak bagitau antara sebab aku tak dapat nak update. sebab opic aku pindah bangunan. jadi dek kesibbukan meraikan Ramadan dan menyusun barang di opic baru aku terpaksa melupakan FP buat sementara waktu..



Tuesday, 9-Sep-2008 22:48 Email | Share | | Bookmark
Baram Regatta '08, Marudi

 
 
Jangan dicuba Sungai Marudi,
Dituba ikan tidak mati,
Jangan dicuba orang Marudi,
Jika tidak berani mati.
-Sultan Ahmad Shah, 1974-






Quote:
Sapa kata bomba cuma padam api



Quote:
Tahun depan jumpa lagi..


Quote:
Mengikut sejarah, pada waktu penyerahan daerah dari Tanjung Kidurong ke Kuala Baram kepada Kerajaan Sarawak pada 1882 oleh Sultan Brunei, keadaan kehidupan penduduk kampung tidak tenang ketika itu.
Ada sahaja berlaku pergaduhan antara kaum dan rumah panjang ketika itu. Mereka saling bunuh membunuh hingga menyukarkan pentadbiran Kerajaan Sarawak di situ.
Oleh itu, kerajaan Sarawak berusaha mententeramkan kacau bilau tersebut dan bagi menentukan perdamaian dapat dicapai maka terhasil Savage Peace Conference pada tahun 1899 di pekan Marudi.
Sebelum perdamaian itu, Residen Charles Hose, pentadbir Baram membuat cadangan di hadapan puak-puak yang setia kepada kerajaan Sarawak supaya diadakan acara tahunan perlumbaan perahu perang yang melibatkan semua rumah panjang di Baram.
Pada April 1899, iaitu hari yang ditetapkan untuk perlumbaan tersebut, seramai 6,000 orang di Baram terdiri daripada kaum Iban, Kenyah, Kayan, Narum, Melanau, Bukit, Melayu dan Madang menyaksikan acara tersebut.
Bagaimanapun, timbul kerisauan terhadap ketidakhadiran puak Lirong dari Tinjar.
Pada 9 April 1899, perlumbaan pertama bermula dengan acara membabitkan 15 pengayuh sampan perang manakala puak Lirong yang terkenal dengan sifat bengis pula tiba di sebelah petang.
Kejayaan acara itu telah menyebabkan Hose menyeru para ketua puak mewujudkan suasana aman damai di kalangan mereka. Dan itulah acara yang memulakan episod baru keamanan kepada kaum-kaum di Baram.
Menyentuh mengenai Baram Regatta Antarabangsa 2008, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, sifat seperti orang Baram perlu dicontohi untuk generasi masa sekarang.
Katanya, pelbagai kaum pada masa itu berjaya melupakan semangat agresif untuk berperang, sebaliknya mengadakan perlumbaan perahu.
''Sikap kompetitif inilah yang perlu diterapkan untuk generasi masa kini dalam berhadapan dengan cabaran," kata beliau ketika merasmikan Baram Regatta Antarabangsa 2008 di Marudi pada 16 Ogos lalu.
Sementara itu Pengarah Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia Sarawak, Zuraimi Abdul Razak berkata, usaha mengadakan Baram Regatta Antarabangsa perlu mendapat sokongan dan sambutan orang ramai.
Ini kerana katanya, ia bukan sekadar perlumbaan perahu semata-mata, tetapi ia juga merupakan satu pertunjukan budaya pelbagai etnik di Marudi.
''Jika anda lihat, ada beberapa pertunjukkan kebudayaan dan ia penting untuk pelancong mengenali budaya di Marudi khususnya dan di Sarawak amnya,'' katanya.
Tambah beliau, seharusnya pesta seperti itu dipromosikan dengan lebih giat lagi demi untuk menarik pelancong asing mengunjungi Sarawak.
Melalui cara itu, katanya, Marudi akan dikenali di persada dunia.
http://www.ehoza.com/v4/forum/isu-semasa/21936-baram-regatta-bukan-sekadar-lumba-perahu.html



Friday, 29-Aug-2008 07:00 Email | Share | | Bookmark
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

 
 
 

wahai Tuhan, izinkan kami berjumpa dengan Ramadhan kali ni. Semoga dapat kami menyucikan zahir dan batin kami dari segala kesalahan akibat kelalaikan kami ini. Semoga ramadhan kali ini, dapat mengubah kami menjadi manusia yg lebih bersyukur..
Bersyukur dengan rezeki yg diperolehi..
Bersyukur dengan nikmat hidup ini..
Bersyukur dengan nikman Iman dan tauhid kami..
Bersyukur dengan kurniaan Ramadhan..





Quote:
itu anak bulan bukan ramadhan yg punya.... sya'ban yg punya... sya'ban yg punya... (baca dengan intonasi harta karun ahmad Albab)


Friday, 22-Aug-2008 10:02 Email | Share | | Bookmark
Dilaut Lagi

 

Quote:
nota kakikukulat:
Merujuk kepada entryku yg lepas, gambar ini adalah satu lagi contoh pelantar yg terdapat dilaut. Pelantar ini amat kecil kerana ia hanyalah berfungsi menyalurkan gas-gas berlebihan keruang udara dari platform utama melalui paip dasar laut. Disini, gas-gas tersebut tidak dibakar memandangkan kedudukannya jauh dari kawasan kerja.
satu lagi, itulah bot itu adalah pengangkutan utama kami dari darat ke pelantar-pelantar


Semalam, menteri yg beruban putih seluruh kepala (sorry, aku tak ingat nama dia) menjanjikan yg rega Petrol takkan naik sampai 31st December.. Tapi, dia tak cakap pulak bila nak turunkan. Kenapa lambat sangat nak bagi kebajikan kepada rakyat..
Pak Lah baru semalam try naik perkhidmatan awam. baru dia tau yang selama nih duit yg dia peruntukan untuk penaiktarafan perkhidmatan awam tidak cukup ataukah, duit itu tidak dibelanjankan sebaik2nya.. kalaulah perkhidmatan awam cukup, mungkinkah orang masih naik kereta meredah kesesakan membakar duit demi setitik minyak..?
17:55 22/08/2008 : aku terima sms yg esok rega minyak nak turun dengan Petrol hanya RM2.55/liter. harap berita nih benar. Alhamdulillah...
Tapi, kenapa sama dengan nilai yg dicanangkan pembangkang tempohari.. ?


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net