ScHoePenToeTer

By: khoirul amal

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 19-Aug-2008 13:37 Email | Share | | Bookmark
Puncanya

 

Quote:
Cerita tentang api: Api tu sebenarnya adalah salah satu sistem yg diperlukan didalam pelantar pemprosesan minyak. Didalam pemprosesan hasil galian emas hitam, akan terhasil banyak gas-gas beracun seperti Hidrogen Sulfide (H2S) yang bilamana terhidu boleh membawa maut selain ia mudah terbakar. Justeru itu, bagi memastikan keselamatan pekerja dan persekitaran, sisa-sisa gas ini perlulah dikumpulkan dan dibakar kerana proses pembakaran akan menukarkan gas beracun tersebut kepada gas yg lebih selamat dihidu walau. Namun begitu, kebanyakan syarikat carigali minyak kini telah berusaha untuk mengawal pembaziran gas tersebut memandangkan terdapat teknologi terkini bagi mengitarsemula gas tersebut bagi kegunaan harian seperti NGV.


Hari ni, ketika memberi ucapan menarik undi di Permatang Pauh TPM menyatakan yang mereka pasti akan menerunkan harga minyak jika harga minyak dunia kekal rendah..
Namun kenapa perlu tunggu sampai hujung bulan.. ?
Setiap hari.. setiap jam.. setiap minit.. setiap saat.. berkepul2 duit aku, engkau, bapa kita, sedara mara kita, kawan2 kita terbakar..
kenapa yaa..


Wednesday, 13-Aug-2008 11:11 Email | Share | | Bookmark
Jalan itu

 

Quote:
Kadang-kadang kita sendiri tidak pasti samada
betulkah jalan yg sedang kita lalui ini atau tidak..
pekerjaan yg kita lakukan ini sesuaikah untuk kita..
apa yg terkeluar dari mulut ini baik aau burukkah ia..
apa yang kita sukai itu baik atau tidak..
benarkah rezeki ini untuk kita, ataukah kita hanyalah perantara olehNya..
Namun, kerana kita sentiasa diberi pilihan, gunalah akal berdasarkan ilmu untuk menilai, akhidah sebagai panduan. yakinlah dengan pilihan kita.
Serahkan kepadaNya segala apa yg kita pilih kerana Dia lah yg tahu apa yg pasti untuk kita kerana itulah tawakkal..


re: Special thanks to my dear friend Pn Ruhil for this award..

actually, aku sendiripun tak paham akan bagaimanakah fungsi award ini. Namun, dah orang kasik, ambil saja lah kan..


Sunday, 10-Aug-2008 08:21 Email | Share | | Bookmark
Seluruh Sarawak bergelap..

 
 
As-Salamua'laikum..
Semalam (malam tadi), seluruh hampir seluruh sarawak bergelap..
kenapa? Syarikat pembekal electrik masih gagal mengkabarkan kepada rakyat jelata..
Alhamdulillah, di Miri.. cuma dalam tempoh kurang lebih 2 jam sahaja.
walaupun begitu, agak kelam kabut jua kerana aku tengah mencekik..
Tetapi, yang paling menarik perhatian saya, kedai runcit diseberang jalan tempat kami tengah mencekik tiba2 dikerumuni manusia.. baru kutahu, mereka adalah kelangan yg tidak sediakan 'lilin' sebelum 'bergelap'





Quote:
perhatian: foto2 ini bukanlah diambil ketika keputusan bekalan elektrik pada malam tersebut.


Sedikit renungan..
"bagaimanakah kita nanti bila berada di rumah baru yg sebesar 7' panjang, 3' lebar dan 7' tinggi..? dirumah itu tiada bekalan electrik dari TNB atau SECSCO mahupun lilin"


Friday, 1-Aug-2008 09:58 Email | Share | | Bookmark
Perhentian

 
As-Salam..


Perhentian..
bagi orang yg menganut Agama Islam, dunia ini ibarat satu perhentian didalam perjalanan menuju alam yg abadi..
Destinasi seterusnya, alam kubur.. disana kita berehat dari urusan dunia sementara menunggu hari dibangkitkan di padang mahsyar.. tapi perlu diingat. berehat bukan bermakna kita boleh leka didunia ini. hanya mereka yg beringat untuk membawa bekal kesana sahaja yg akan selesa di per'istirehat'an itu. disana.. tiada kantin untuk membeli makanan.. tiada shoping complex untuk membeli pakaian..
Hanya Munkar dan Nakir yg pasti menemani kita.. menyambut kedatangan kita disitu samada dalam riak kebahagiaan ataupun kesengsaraan...
Justeru, kita seharusnya menyediakan semua bekalan itu di'sini'.. di dunia yg sementara..

Namun... takkala kita disana, hanya dua perkara dialam ini yg mampu menolng kita.. iaitu, doa dari penghuni dunia untuk kita aman di sana dan amal kita yg berterusan seperti Ilmu yg kita sampaikan..
Justeru itu, sebagai penghuni dunia... kita seharusnya sentiasa mendoakan kebahagian saudara kita dia persinggahan seterusnya itu kerana kita suatu hari nanti PASTI akan mengikut jejak mereka..
Cumanya, bila dan bagaimana kita dijemput kesana.. hanya Dia yg tahu. Bila sampai masanya.. tiada apa yg dapat menghalang.. tiada tempat untuk kita bersembunyi.. kerana Mati itu Pasti.. Alam kubur itu Pasti.. Hari ditiup sangkakala itu Pasti.. Syurga dan Neraka itu Pasti..





Monday, 28-Jul-2008 11:14 Email | Share | | Bookmark
rumah panjang sg tangap

 
 
As-Salam 'alaikum

kali ni nak bawa kalian melawat rumah panjang. Rumah ini terletak berhampiran gua niah. kalau tak silap, nenek moyang penduduk disini adalah antara peniaga2 di gua pasar (slah satu gua di kawasan gua niah) Namum, sekarang pasar yg dimaksudkan telah tidak aktif. walaupun begitu, ada kalangan pendudk disini yg menjalankan aktiviti memeungut sarang burung didalam gua niah.. (perlu diingat, aktiviti mengambil sarang burung adalah tidak dibenarkan didalam gua tersebut)

apa pun, bukan hal pasar atau sarang burung yg nak aku paparkan.. tetapi, perihal kepanjangan rumah panjang ini.. Nama rumah panjang ini adalah Rumah panjang Chan diambil sempena kepala rumah. Memang menjadi kelaziman untuk menamakan setiap rumah panjang dengan nama ketua rumah tersebut. Rumah ini dikatakan antara yg paling cantik dan bersih memandang ia terletak berhampiran gua niah yg menjadi satu lagi tarikan pengunjung ke gua niah..




[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net