ScHoePenToeTer

By: khoirul amal

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 16-Jul-2008 10:46 Email | Share | | Bookmark
kelam bukan malam

 
 
 
As-Salamua'laikum..
Aktiviti beberapa minggu yg lalu. Dapat invite dari member (cikgu Norazidah) yg tinggal kat area batu niah. Katanya nak bawa member dia masuk gua niah. Kebetulan, dah lama aku tak masuk. (last 2tahun lapas). Jadi, dengan semangat nak try shoot dalam gua, jam 830 pagi (janji dgan depa jam 8pagi start traking masuk) aku dah terpacak kat depan pejabat pengurusan gua tuu. Sori la sebab aku terlambat sikit (walau sebenarnya aku yg lagi awal dari yg lain )
Jam 9pagi kami mula menghayun kaki merentas treck yg telah dibina khas untuk pengunjung ke gua Niah. Perjalanan sejauh 3km (ke pintu gua) memakan masa hampir satu jam. disepanjang perjalanan. Tetapi, sebelum terus ke sana kami sempat melencong ke Rumah panjang berhampiran...... ish malas la aku nak mengarang... jadi ringkasya..
lepas singgah rumah panjang, terus ke gua.. kat dalam gua aku beerapa kali kena tinggal sebab dok ralit (asyik) nak shoot.. (sorry friends sebab terpaksa tunggu aku..)
dipendekkan crita. pkul 1 lebih kami selamat sampai di pejabat pengurusan..
Sebelum balik, depa ajak pi rumah.. mengketedarah(makan) sempena perpisahan member depa yg katanya dapat offer kerja di KMKN (kolej mara)
Apa pun.. terima kasih daun keladi katdiorang sebab sudi jemput aku dan untuk makanan yg sedap hari tu.. kalau ada plan nak buat jamuan lagi jemput la aku lagi..












Quote:
Musa berkata kepada kaumnya: "Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa".AL A'RAAF - 128


Thursday, 10-Jul-2008 12:20 Email | Share | | Bookmark
Aku masih bertahan

 
Assalamualaikum..
biar hujan mebasahi rumahku..
biar air melekat dijaring anyamanku..
biar aku sejuk disapa embun pagi..
namun untuk aku mengalah.. tidak sekali..
ini rumahku.. rumahku itu syurgaku..
aku tetap disini.. menanti hari-hari yg pasti..




Sekali lagi kena tag. puncanya tak dapat aku nak cari. cuma dia tinggalkan gelaran sahaja "gadis itu". Jadi, aku amat berharap yang gadis itu dapat memperkenalkan diri.
Tapi, disebabkan cik fazira pun memaksa aku menjawab, terpaksalah aku menciritakan juga buat kawan2 diruangan sempit ini..

Tajuknya ialah "8 characteristics of a guy/girl you will never date"..
jadi disini aku cuba untuk mencari kriteria yang depa nak aku bagitau sangat tuu..
1) Perempuan yg tak asli (pondan laaa tuu)
2) Nenek orang
3) Awek kepada gangster or samsemg or pembunuh upahan (nak cari mampus try laa)
4) Budak bawah umor
5) Yg gemok (lebih 120kg) kuat makan lak tuu..
6) Tunang org (darah manis nih)
7) Anak pakcik mail jiran sebelah nek tipah depan sekolah tuu..
Orang laki (aku bukan gay maa..)

hmm... rasanya ada lagi.. tapi tak perlulah aku bgtau yer.. biar aku dan diriku sahaja yg tahu k..

Seperti biasa..
Quote:
The rules:
1. Share 8 characteristics of a guy/girl you will never date
3. Tag 8 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.

Tapi, aku minta maaf.. tak dapat aku nak salect siapa seterusnya yg perlu aku tag.. jadi.. aku putaskan sahaja disini k..



Wednesday, 2-Jul-2008 11:23 Email | Share | | Bookmark
Sungai Miri

 
Salam...
Maaf sebagai pembuka bicara. Orang perempuan selalu beranggapan perkataan itu terlalu sukar untuk diucap oleh sijejaka... tapi kenapa yaa.. ?

Maaf, Aku sibuk sikit akhir2 ini. Tak sempat nak reply komen semua sahabat yang sudi menjengah kesini. Insyallah, bila masa mengizinkan.. tangan sihat untuk menaip.. otak segar dengan madah berbisik.. akan aku melayari FP sekalian..

Apa pun, sudi2 lah mencoret sepatah dua di FP aku ini. Andai, ada kekurangan sudi2 lah tegur. moga dapat aku memperbaiki teknik menembak..











Quote:
lokasi : Miri (kuala sungai miri)


Sunday, 22-Jun-2008 06:13 Email | Share | | Bookmark
- .. -

 






Saturday, 14-Jun-2008 08:47 Email | Share | | Bookmark
Ke puncak menara Gading

 
 
 
View all 6 photos...
As-Salamua’laikum..
Sungguh indah ayat ini.. “Sejahteralah ke atas kamu” .. Tapi, sukar untuk kita ucapkan buat mereke yg tidak kita kenali..
Hmm.. melalut sekejap, entry aku kali ni bukan berkisar pasal ucapan itu.



Kali ini, aku nak ajak kawan2 p UiTM.
Kebetulan, ketika aku tersesat di Kuala Lumpur tempoh hari ada la kenalan aku ni baru nak Konvo. Hajat dihati, nak try la outdoor shoot untuk budak2 konvo ni. Maklum laa.. dulu zaman aku tadak sapa nak amik pict aku kat taman bunga sambil pakai Jubah. Tapi hajat tak kesampaian, masing2 sibuk ngan hal masing2 di KL.
Nway, demi sehorang sahabat.. aku sempat juga curi masa untuk pergi ke Shah Alam untuk menyaksikan hari yg bermakna untuk seorang geraduan..

Quote:
Congratulation to both of them


Sampai disana, suasana agak meriah juga, tapi, memandangkan sesi itu yg paling last. Jadi, pada pendapat aku, semua waris dan graduan sesi2 sebelumnya telah Selamat pulang ke rumah..

Namun, apa yg menarik perhatian aku.. betapa gembiranya keluarga2 graduan. Terutamanya ibu bapa. Ye laa.. ibu mana tak gembira bila anak yg dikandungnya dapat selesai belajar di Menara gading (err.. dari mana asal perkataan menara gading ni yeerr..?) Bapa mana yg tak gembira bila hasil titik peluhnya membating tulang mengerah keringat membesarkan anak, akhirnya melihat kejayaan dianugerahkan segulung kertas yg pasti mencerahkan lagi seisi rumah kelak..

Apa lah sangat harga tiket yg beribu2 jika dibandingkan kegembiraan yg tidak selalu kunjung.. demi seorang anak yg disayangi. Itulah kasih ibu, kasih bapa.. kepada kita… Pernahkah mereka meminta kita untuk membayarnya semula. Cukuplah bagi mereka kejayaan yg kita beri. Kerana, bagi mereka.. kejayaan kita umpama suatu hadiah buat pengorbanan mereka selama ini..


Namun, bagi seorang anak.. apakah yg seharusnya kita lakukan bagi meneruskan rasa gembira mereka.. ?
Cukupkah dengan menghantar seribu ringgit setiap bulan? Terhiburkah mereka dengan apa yg kita berikan..?
Pernahkah kita terfikir ketika menghadap meja makan, akan apa yg ibu dan bapa kita makan hari ini?
Bila kita menyarung pakaian, apakah yg ibuku pakai hari ini?
Bila mengisi minyak, apakah ayah ku berjalan ke Surau berjemaah kerana harga minyak yg melambung sekarang..?

Walau apa pun jawapan yg kita beri, hanya bilamana kita berdiri ditempat mereka sahaja barulah kita memahami erti kegembiraan itu..






Quote:
“Wahai Tuhan ku, Kasihilah Ibubapa ku sebagaimana mereka mengasihani ku”



[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net