 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
ScHoePenToeTer
By: khoirul amal
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Sunday, 24-May-2009 00:22 |
Email | Share | Bookmark |
|
Kelab ANSARA Miri at Komplaks Kebajikan Hamidah
|
|
Salam..
Alhamdulillah, hari ahad yang lepas Kelab ANSARA (bekas pelajar MRSM) cawangan MIRI berpeluang untuk mengadakan kem bijak belajar di Kompleks Hamidah. Aktiviti bermula seawal jam 830 pagi. Di sebelah pagi, anak-anak ini diberi sedikit motivasi. kemudian disusuli dengan teknik belajar yg mana teknik peta minda (mind mapping) di serapkan kepada anak2 ini.
Apa yg menarik, anak2 ini betul2 berminat.
Fassi: Untuk2 apa kamu belajar?
Anak2 yatim: (dengan serentak) UNTUK DIRI SENDIRI...
hmm.. aku tertarik ngan jawapan mereka. kalau dulu(atau sekarang di luar sana) mungkin kita dengar macam-macam jawapan. Untuk ibu bapa mungkin, Abang kakaka, tak pun yg advance sikit, untuk awek atau pakwe dia. Tetapi, bila difikirkan, lagi tepat jawapan anak2 itu.. ye lah, kalau kita belajar untuk orang lain mungkin kita tak sesemangt itu.
satu lagi, untuk kita semua yang dikkurniakan ALLAH dengan kasih sayang dari Ibubapa mungkin kita lupa ada insan diluar sana yg tidak seindah perjalanan kita. Mungkin diluarsana ada anak yatim yang dahagakan kasih sayang.
Namun, Tuhan itu Maha Adil. Walau anak2 itu tidak dikurniakan dengan Kasih sayang dari ibu atau bapa atau kedua2nya sekali, mereka dikurnikan darjat yang tinggi disisi NYA. Dan bagi kita yang dikurnikan nikmat kasih sayang pun diberi peluang olehNYA untuk menumpang darjat anak yatim. Syaratnya, peliharailah mereka, sayangilah mereka, kasihanilah mereka.. Rahmat dari ALLAH itu INSYALLAH.
petikan dari salah seorang mastermind project ni:
"Kalau bukan kita, siapa lagi.. Kalau bukan hari ini, bila lagi..."
| Quote: | | Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).” |
Moro photo here:
http://www.flickr.com/photos/7957703@N08/sets/72157618589330651/
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|