ScHoePenToeTer - - Fotopages.com
kelam bukan malam
Aktiviti beberapa minggu yg lalu. Dapat invite dari member (cikgu Norazidah) yg tinggal kat area batu niah. Katanya nak bawa member dia masuk gua niah. Kebetulan, dah lama aku tak masuk. (last 2tahun lapas). Jadi, dengan semangat nak try shoot dalam gua, jam 830 pagi (janji dgan depa jam 8pagi start traking masuk) aku dah terpacak kat depan pejabat pengurusan gua tuu. Sori la sebab aku terlambat sikit (walau sebenarnya aku yg lagi awal dari yg lain  :-D )
Jam 9pagi kami mula menghayun kaki merentas treck yg telah dibina khas untuk pengunjung ke gua Niah. Perjalanan sejauh 3km (ke pintu gua) memakan masa hampir satu jam. disepanjang perjalanan. Tetapi, sebelum terus ke sana kami sempat melencong ke Rumah panjang berhampiran...... ish malas la aku nak mengarang... jadi ringkasya..
lepas singgah rumah panjang, terus ke gua.. kat dalam gua aku beerapa kali kena tinggal sebab dok ralit (asyik) nak shoot.. (sorry friends sebab terpaksa tunggu aku..)
dipendekkan crita. pkul 1 lebih kami selamat sampai di pejabat pengurusan..
Sebelum balik, depa ajak pi rumah.. mengketedarah(makan) sempena perpisahan member depa yg katanya dapat offer kerja di KMKN (kolej mara)
Apa pun.. terima kasih daun keladi katdiorang sebab sudi jemput aku dan untuk makanan yg sedap hari tu.. kalau ada plan nak buat jamuan lagi jemput la aku lagi..  :-D
Aku masih bertahan
biar hujan mebasahi rumahku..
biar air melekat dijaring anyamanku..
biar aku sejuk disapa embun pagi..
namun untuk aku mengalah.. tidak sekali..
ini rumahku.. rumahku itu syurgaku..
aku tetap disini.. menanti hari-hari yg pasti..
Sekali lagi kena tag. puncanya tak dapat aku nak cari. cuma dia tinggalkan gelaran sahaja "gadis itu". Jadi, aku amat berharap yang gadis itu dapat memperkenalkan diri.
Tapi, disebabkan  cik fazira pun memaksa aku menjawab, terpaksalah aku menciritakan juga buat kawan2 diruangan sempit ini..
Tajuknya ialah "8 characteristics of a guy/girl you will never date"..
jadi disini aku cuba untuk mencari kriteria yang depa nak aku bagitau sangat tuu..
1) Perempuan yg tak asli (pondan laaa tuu)
2) Nenek orang
3) Awek kepada gangster or samsemg or pembunuh upahan (nak cari mampus try laa)
4) Budak bawah umor
5) Yg gemok (lebih 120kg) kuat makan lak tuu.. LOL
6) Tunang org (darah manis nih)
7) Anak pakcik mail jiran sebelah nek tipah depan sekolah tuu..  :-D
8) Orang laki (aku bukan gay maa..)
hmm... rasanya ada lagi.. tapi tak perlulah aku bgtau yer.. biar aku dan diriku sahaja yg tahu k..  ;-)
Seperti biasa..
The rules:
1. Share 8 characteristics of a guy/girl you will never date
3. Tag 8 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.
Tapi, aku minta maaf.. tak dapat aku nak salect siapa seterusnya yg perlu aku tag.. jadi.. aku putaskan sahaja disini k..  ;-)
Sungai Miri
Maaf sebagai pembuka bicara. Orang perempuan selalu beranggapan perkataan itu terlalu sukar untuk diucap oleh sijejaka... tapi kenapa yaa.. ?
Maaf, Aku sibuk sikit akhir2 ini. Tak sempat nak reply komen semua sahabat yang sudi menjengah kesini. Insyallah, bila masa mengizinkan.. tangan sihat untuk menaip.. otak segar dengan madah berbisik.. akan aku melayari FP sekalian..
Apa pun, sudi2 lah mencoret sepatah dua di FP aku ini. Andai, ada kekurangan sudi2 lah tegur. moga dapat aku memperbaiki teknik menembak..  ;-)
Ke puncak menara Gading
Sungguh indah ayat ini.. “Sejahteralah ke atas kamu” .. Tapi, sukar untuk kita ucapkan buat mereke yg tidak kita kenali..
Hmm.. melalut sekejap, entry aku kali ni bukan berkisar pasal ucapan itu.
Kali ini, aku nak ajak kawan2 p UiTM.
Kebetulan, ketika aku tersesat di Kuala Lumpur tempoh hari ada la kenalan aku ni  baru  nak Konvo. Hajat dihati, nak try la outdoor shoot untuk budak2 konvo ni. Maklum laa.. dulu zaman aku tadak sapa nak amik pict aku kat taman bunga sambil pakai Jubah. Tapi hajat tak kesampaian, masing2 sibuk ngan hal masing2 di KL.
Nway, demi sehorang sahabat.. aku sempat juga curi masa untuk pergi ke Shah Alam untuk menyaksikan hari yg bermakna untuk seorang geraduan..
Congratulation to both of them
Sampai disana, suasana agak meriah juga, tapi, memandangkan sesi itu yg paling last. Jadi, pada pendapat aku, semua waris dan graduan sesi2 sebelumnya telah Selamat pulang ke rumah..
Namun, apa yg menarik perhatian aku.. betapa gembiranya keluarga2 graduan. Terutamanya ibu bapa. Ye laa.. ibu mana tak gembira bila anak yg dikandungnya dapat selesai belajar di Menara gading (err.. dari mana asal perkataan menara gading ni yeerr..?) Bapa mana yg tak gembira bila hasil titik peluhnya membating tulang mengerah keringat membesarkan anak, akhirnya melihat kejayaan dianugerahkan segulung kertas yg pasti mencerahkan lagi seisi rumah kelak..
Apa lah sangat harga tiket yg beribu2 jika dibandingkan kegembiraan yg tidak selalu kunjung.. demi seorang anak yg disayangi. Itulah kasih ibu, kasih bapa.. kepada kita… Pernahkah mereka meminta kita untuk membayarnya semula. Cukuplah bagi mereka kejayaan yg kita beri. Kerana, bagi mereka.. kejayaan kita umpama suatu hadiah buat pengorbanan mereka selama ini..
Namun, bagi seorang anak.. apakah yg seharusnya kita lakukan bagi meneruskan rasa gembira mereka.. ?
Cukupkah dengan menghantar seribu ringgit setiap bulan? Terhiburkah mereka dengan apa yg kita berikan..?
Pernahkah kita terfikir ketika menghadap meja makan, akan apa yg ibu dan bapa kita makan hari ini?
Bila kita menyarung pakaian, apakah yg ibuku pakai hari ini?
Bila mengisi minyak, apakah ayah ku berjalan ke Surau berjemaah kerana harga minyak yg melambung sekarang..?
Walau apa pun jawapan yg kita beri, hanya bilamana kita berdiri ditempat mereka sahaja barulah kita memahami erti kegembiraan itu..
“Wahai Tuhan ku, Kasihilah Ibubapa ku sebagaimana mereka mengasihani ku”
aku telah di paksa untuk memberitahu kamu..
Copy from cik Fazira
The rules:
1. Link to your tagger and post these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog
Mmmm.. mana nak mula nih..
Orang cakap, hanya kita sendiri yg mengetahui perihal diri.. tapi betul kah..
bagaimana pula dengan orng yg mengalami sakit psikitari sperti memiliki 2 sifat dalam satu jasad..
adakah dia sendiri tahu apa yg dia tahu.. "lu pikir la sendiri.."
Apa pun, bagi memenuhi hasrat cik Fariza, aku cuba jugak menylami diri ini walau aku sendiri bagai tak pernah kenal dengan diri ku ini..
1. Aku dilahirkan pada bulan september 1980. Orang kata tahun tu tahun monyet dalam kalender cina. Tapi aku tetap manusia..  :-D . walau apa pun, aku tetap bangga lahir tahun tu sebab aku rasa tahun tu ramai umat manusia yg "unik" dilahirkan.. entah lah, mungkin sebab aku lebih mengenail mereka ini kerana sebaya.. atau.. memang mereka unik.. wallahu'alam..
2. aku pernah register frienster, tp, aku sendiri dah lupa apa add dia.. bila orang tanya "ko ada frienster add?" aku jawab.. "budak2 jer main frienster ni..  LOL" . mungkin benar atau mungkin salah.. tapi, biarlah mereka berkawan di internet.. apa salahnya..  $-) . Jadi, aku register pulak kat fotopages nii.. tapi aku juga create account kat web2 percuma yg lain seperti.. http://www.photoblog.com/khoirul/ , http://s71.photobucket.com/albums/i158/k_rol_Amal/  dan http://www.flickr.com/photos/7957703@N08/ ... walaubagaimanapun, hanya fotopages dan photoblog yg aktif..  ;-)
3. Aku juga punya email yang free.. k_rol_amal@yahoo.com , yang best aku dah create email ni sejak lepas SPM.. hmm hampir 10 tahun maa.. masih bertahan..  :-D
4. Mmmm.. masih bujang walau dah dekat .... kalau aku cakap tadak awek, takkan ada seorang pun pompuan yang percaya..  :P . Tapi itu la hakikatnya, bukan tak mau.. tapi tah laaa.. orang kata aku ni memilih, yer laa.. mana taknya.. buat apa nak couple2 ni.. bagi aku, kalau dah jupa yg betul2 terus ja suruh mak aku masuk minang.. senang crita.. kalau tak jumpa juga.. biarlah orang tuaku yg uruskan..  LOL .. lantak la org nak kata apa pun..  :->
5. Aku paling tak suka berbahasa orang putih.. tapi kadang2 tu aku rojak juga.. sebabnya, aku sendiri tak tahu macamana nak menaip sesatu yang aku maksudkan itu dalam bahasa melayu.. sedih juga bila jadi macam tuu.. tapi apa nak buat.. aku kan Hipokrit..  LOL .. macam ustz akil hyy kata, dia jumpa seorg mamat tu pakai seluar pendek, belum sempat dia tegur mamat tu dah cakap " ustz, saya tau yg seluar pendek haram.. tapi nak buat macamana.. dah nak pakai.. "  LOL
6. Aku paling tak suka duduk rumah tanpa buat apa2. Aku suka keluar.. jalan2.. tapi sehingga hari ni masih belum pernah ambil cuti untuk pergi bejalan2.. ambil cuti cuma sekadar untuk uruskan hal2 peribadi dan balik kampung (sebab aku kerja kat Miri dan rumah orang tua ku di Kuala Nerang, Kedah kena la cuti panjang sikit  :-) )
7. Hmm.. yang terakhir, Dalam boot kereta aku ada joran.. tapi aku tak pernah guna pun sejak aku jejak kaki ke Miri ni walau dah hampir 3 tahun aku disini..  $-)
ok.. dah habis 7 permintaan cik Fariza, http://ctfazfarisi.fotopages.com/. walau aku sendiri rasa masih banyak yg aku tak kenal diri ini.. Thanks to her  sebab telah memaksa aku untuk mencukil 7 wonder of myself..  :-)
Siapa la pulak mangsa aku seterusnya yerr..  ok,
yang pertama,
my schoolmate yang tak pernak aku tegur kat sekolah dulu..
http://ojienasir.fotopages.com/
yang kedua,
kawan dia..
http://jhubzub.fotopages.com/
yang ketiga,
juga member sekolah aku.. dia ni doktor kat Hospital Aloq setaq.. tapi dah gila menembak pulak laa nih..  :->
http://jinggahamizaehc.fotopages.com/  (aku nak tengok, dia berani jawab kaaa takk.. )
yang ke-empat dan seterusnya..
antara member2 FP yang aku sendiri tak pernah jumpa.. tapi aku suka kawan dengan depa ni.. (err.. kawan yg lain pun aku suka. tapi Fazira kata cuma 7 orang jaa..  ;-) )
4 - http://sofira.fotopages.com/
5 - http://riang-riang.fotopages.com/
6 - http://barrgas.fotopages.com/
7 - http://daiyofoto.fotopages.com/
Jadi.. sampai disini dahulu coretan aku kali ini.. panjang umur kita ketemu lagi di paparan ku yg lain..  ;-)
Salam..
yg pertama2, lv u all as my friends. seronok ada member satu m'sia nii..  ;-) .. yeah.. aku orang kedah, mak ayah pun asal kedah. so bila merantau kadang2 tu susah gak laa sebab tak ramai sedara yg merantau. Tapi, bab balik raya memang tak susah..
hmm. tak sangka ramai gak yg tau pasal kuala nerang.. yer laa.. tempat tu dah duk ulu.. tp, sampai sekarang aku tak tau kenapa dia diberi nama kuala sedang tempatni amatlah jauh dari lau..  ;-)
err.. bukan nak promote diri, tapi cuma nak bgtau hakikat nyer laa.. (tp tak salah kalo korang nak anggap cmtu..  :-D)
than, buat sesapa yg aku tag tuu.. mintak tulung sangat2 jawab k.. kalao takdak idea xpa.. simpan dulu.. bila dah ada.. sambung balik  LOL
pasal pict tuu.. sebenarnya, aku amik pict ni kat butulu.. pantai tanjung batu.. kebetulan my friends yg keja kat KL balik bintulu hari tu.. so, sempatla ajak dia pg menembak.. btw, thanks to adam (http://adam666.fotopages.com) sebab bagi petua camana nak shoot pict lagu nih..
berhenti seketika
renunglah, adakah kita semakin menuju kearahNya yg lurus atau semakin jauh meninggalkan jalan yg lurus menempuh belukar, duri, berbengkang-bengkok.. mengapa? sedang Dia sudah memberikan jalan yg lurus beserta 'peta' menuju jalan yg lurus itu..
Namun, jika nyawa masih dikandung badan, matahari masih terbit ditimur.. kita masih punya masa, untuk kembali menuju yg hakiki itu.. adakala, kesakitan itu amat perit.. namun jika itu untuk menyucikan kita yg penuh dengan kesilapan, kita harus redha..
Bila iman sudah didada, hati lapang bagai lautan, akal bersih bagai dibasahi embun pagi.. semua yg dilakukan indah belaka. Kesuburan jiwa pasti jelas diwajah.. biar, hari mendung, ribut melanda, gerhana menimpa.. cahaya itu pasti kelihatan..
Marina Bay, Miri
takkala senja...
ramai yg bekejaran menuju ke tepian pantai. mahu melepaskan kekusutan dikepala kununnya.. mahu menghirup udara masin laut.. menikmati panorama indah takkala senja. Tak kurang pula si jejaka.. memburu simanis17 dipinggiran pantai..
Si abang, ralit memancing.. argg.. dah dekat nak malam ni laa umpan makin ligat dimamah dik hidupan bawah sana..
Tapi, berapa ramai yg merenung betapa agung ciptaanNya. Andai ditakdirkan matahari tidak mahu pulang. masih mampukah kita untuk berdiri diatas muka bumi ini. Menahan terik sang penyinar alam. Takkala sang penyinar pergi.. berapa ramai pula yg merinduinya. Mujurlah cermin pemantul tiba2 muncul, menerangi malam yg gulita.. mungkin kita tidak sedar akan kehadiran sang cermin. Kerana asyik dengan cahaya nion kota..
erkk.. apa yg aku melalut nih..  ;-)
Apapun, merenung kepulanngan sang penyinar memanglah mengasyikkan.. tapi awas, jangan sampai terlupa tanggungjawab kita kepadaNya yg tiga roka'at itu..
Hijau...
Sekali lagi, aku gagahi diri ini untuk menerjah hutan katulistiwa di bumi Sarawak ini, atau lebih tepat bumi Tuhan yg diberinama Miri.. Kali ini, Kenari ku meluncuri jalan lama antara Miri dan Bintulu menuju ke Hutan Simpan Lambir. Dari pintu masuk, RM10 aku melayang semata2 demi mengupah orang memelihara bumi Tuhan yg masih belum diRogol manusia2 yg lahap dengan pembangunan hingga tidak sedar bahawa itu semua bakal mengundang musibah kepada mereka sendiri.
Lihat lah dengan mata.. hayatilah dengan hati.. renunglah dengan akal..
Untuk apakah manusia diutuskan kedunia kalau hanya untuk membinasakannya. Gunakankanlah akal.. kawallah nafsu mu itu wahai khalifah dimuka bumi...
Apalah erti KLCC tanpa pokok nan hijau.. Apalah erti Penyaman Udara tanpa Oksigen.. Apalah erti Mendung jika disebabkan Jerebu.. Apalah erti Malam tanpa bunyi cengkerik..  $-)
Hijau..
Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa
Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari
Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang
Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila di jiwa kita masih lagi muda
Dan mentah
Ku lihat hijau
Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat
Korupsi,opresi,obsesi diri
Polusi,depressi,di bumi,kini
Oh..anok-anok
tokleh meghaso mandi laok
Besaing,maing ghama-ghama
Ale lo ni tuo umurnyo bejuto
Kito usoho
Jauhke dari malapetako
Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak
Hok biso wei,pasa maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tokleh tehe
Sapa bilo-bilo
-Zainal Abidin-
Misteri Alam.. 2nd
hmm.. thanks to all yg sudi jengok ke sini dan sudi mencoret satu dua perkataan..
kali nih masih di bukit kanada. Sebenarnya, aku sendiri agak terkedu bila sampai ke 'port' nih.. tak sangka pemandangan pagi dari atas bukit nih amat indah.. Tapi sayang, pict yang aku cekup tak la seindah yg hakiki.. so, kalo ada sesapa yg singgah di Miri aku dengan ini amat memaksa untuk korang panjat bukit ni seawal pagi.. (alaa.. naik keta jer..bukan jalan kaki..  :-D)